RSS

Kisah Pelacur Cantik

09 Jun

Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar. Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.

Wanita pelacur itu berkata: Silakan masuk ke rumahku.

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: Marilah segera mendekatiku.

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!

Wanita pelacur itu kembali bertanya: Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?

Lelaki ahli ibadah itu berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.

Lelaki ahli ibadah itu berkata: Biarlah aku keluar!

Wanita pelacur itu menjawab: Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.

Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini! kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?

Lelaki itu menjawab: Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.

Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini, kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.

 
7 Komentar

Ditulis oleh pada 9 Juni 2010 in Hikmah, Informasi Penting, Kumpulan Artikel

 

Tag: ,

7 responses to “Kisah Pelacur Cantik

  1. kolomkiri

    9 Juni 2010 at 8:57 pm

    kalau pelacur itu cantiknya dimana????

     
  2. ardhiansyah

    9 Juni 2010 at 9:23 pm

    tergantung sudut pandangnya mas.. kalo dari kacamata hikmah esensi dari cerita ini bukan di status pelacurnya kan..? bagaimana membuat sesuatu keburukan itu dapat diubah bernilai kabaikan. Karena nilai seseorang tidak diukur dari tingginya strata sosial, tingginya pendidikan yang ditempuh, tapi dilihat dari seberapa concern kita memanfaatkan segala yang kita punya untuk kemaslahatan bersama. Itulah esensi dasar dari hidup bro.. Semakin care kita terhadap orang lain semakin bermanfaat kita dimata masyarakat. Ibarat kata pepatah,

    Negara tidak akan menyematkan tanda bintang kebesaran kepada dirimu, dikarenakan ketinggian ilmumu, tetapi Negara akan menyematkan bintang kebesaran pada sumbangsihmu kepada Bangsa atas apa yang kamu miliki.

     
  3. kolomkiri

    9 Juni 2010 at 9:33 pm

    wah bahaya kalau waria disahkan di Indonesia,,,,tanda2 kiamat sudah dekat…heee

     
  4. ardhiansyah

    9 Juni 2010 at 11:13 pm

    he.. kalo waria waduh ga ngarti dah bro, he..he..

     
  5. joni

    20 Juni 2012 at 11:26 pm

    dug tak dug dug tak jdag jdug jedag jedug deb deb deb deb deg tak degdegdeg tak

     
  6. EG Giwangkara S

    9 September 2012 at 10:49 pm

    menarik…
    ini kisah tentang siapa ya ?
    dan siapakah ketujuh anaknya tsb ?

     
  7. Andhika Agung

    8 Februari 2014 at 5:14 pm

    Gak percaya aah…..masakan dari seorang mantan pelacur bisa menghasilkan keturunan anak yang diangkat sebagai nabi-nabi? Berarti bukan dari keturunan yang mulia dunk…?

     

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: